TEMPAT AKTIVITI MENARIK

1.TASIK MELATI

Tasik Melati pula yang terletak dalam 9 km dari Kangar lebih kepada kawasan rekreasi. Di sekitar tasik ini ada laluan jalan kaki dan sesuai kalau anda nak berehat dan berjogging.
Destinasi Taman Melati memang menjadi kawasan tumpuan penduduk setempat untuk beriadah dengan keluarga.
Selain melihat pemandangan tasik yang tenang dan cantik, di sini juga ada permainan sukan air seperti paddling bot.

rujukan: http//:www.tidoq.com



2.TAMAN REKREASI BUKIT AIR

Di sini pula, sesuai untuk mereka yang nak berekreasi dengan keluarga untuk aktiviti seperti berkhemah atau mandi air terjun.
Selain itu di sekitar Pusat Rekreasi Bukit Air ini, terdapat kemudahan asas lain yang menjadikan destinasi ini sesuai untuk berpiknik dengan keluarga seperti pondok, tandas, taman permainan, gerai-gerai makanan serta surau.
Ada juga trail di sekitarnya kalau anda sukakan aktiviti meredah hutan. Satu tempat yang menarik di Perlis kalau anda lebih ingin mendekatkan diri dengan alam sekitar. Nak ke sini dari Bandar Kangar pun tak jauh, hanya 15-20 minit memandu sahaja

rujukan:hhtp//:www.tidoq.com



3.GUA KELAM


Bagi mereka yang inginkan aktiviti yang lebih mendekatkan diri kepada alam semulajadi, salah satu tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati ialah di Gua Kelam yang merupakan sebuah gua batu kapur dan juga sebahagian daripada pembentukan Banjaran Nakawan.
Di pintu masuk Gua Kelam ini anda boleh melihat tangga-tangga dan laluan (Cave Walk) yang telah dibina untuk masuk ke dalam gua dan siap dengan kemudahan lampu bagi menerangi kegelapan gua.
Gua Kelam merupakan destinasi pelancongan ‘bergua’ yang sangat popular kerana kemudahannya yang lengkap untuk pengunjung serta keunikan gua itu sendiri yang mempunyai anak sungai di sepanjang gua sehinggalah ke pintu masuk gua.

Akses ke Gua Kelam dengan kereta pun senang dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dari bandar Kangar. Nak masuk ke gua ini pun murah, hanya RM 1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.

rujukan:http//:www.tidoq.com

Comments

Popular posts from this blog