MAKANAN

1.BERGER GERGASI (BANGPON CAFE' AND BISTRO)


“Besarnya! Macam sport rim kereta”. Itulah impression pertama kami apabila melihat Burgedik daripada Bangpon Café ni. Mulanya kami sangka mereka cuma menggunakan daging burger biasa dan disusun banyak-banyak.
Rupanya dibawah roti yang sangat lembut ni ada homemade patty yang besar, sedap dan cukup rasa. Untuk menikmati ‘Burgedik’ ini anda dinasihatkan untuk call & order dulu sebelum sampai supaya tak perlu menunggu lama. Oh ya, jangan cuba untuk makan sorang-sorang ya. Confirm takkan habis!

rujukan:https://www.thevocket.com/7-makanan-best-perlis


2.PULUT MANGGA/PULUT MEMPELAM


Perlis sememangnya popular dengan buah mangga atau ‘mempelam’ lagi-lagi Mempelam Harum Manis yang menjadi kegilaan peminat buah mangga bila tiba musimnya.
Di Perlis juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi tak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinasi rasa yang menarik bila rasa lemak pulut santan bercampur dengan rasa manis buah mempelam. PADU!

https://www.thevocket.com/7-makanan-best-perlis


3. Restoran Kak Su Laksa – Laksa ‘Kola’ Terbaik 




  Perlis tidak ketinggalan untuk mempunyai resepi dan hidangan laksa negeri yang tersendiri. Yang menariknya, tidak seperti di kebanyakan kedai lain yang menjual laksa, semua bahan makanan laksa di sini di buat sendiri termasuk mee laksanya sendiri.  Siap ada mesin di belakang kedai Restoran Kak Su untuk membuat dan memproses mee laksa. Yang pelik tentang cara makan laksa di Kuala Perlis ini, selain hidangan mee laksa, kuah ikannya dan ulamannya, orang di sini juga makan laksa dengan sejenis kuih iaitu Spera. Spera ini sekali tengok sebijik macam kuih karipap, tapi yang membezakannya ialah ini Kuih Spera ini ialah kelapa.



Rujukan:http//:www.tidoq.com

Comments

Popular posts from this blog