TEMPAT MENARIK

1.TAMAN ANGGUR PERLIS


Bukan sahaja di Sik Kedah yang ada anggur, di negeri Perlis pun ada.Bagi mereka yang tak pernah ke Ladang Anggur, bolehlah ke sini merasai sendiri bagaimana bentuk pokok anggur ni.
Lokasi Taman Anggur Perlis ini hanya di Pusat Pertanian Bukit Bintang II yang terletak kira-kira 10 km daripada Bandar Kangar. Tak susah pun nak datang dan tak perlu pun nak naik bukit-bukau seperti nak ke Cameron Highland.
Ladang Anggur Perlis ini diselenggarakan dan diuruskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis di bawah Kementerian Pertanian.
Adakah pokoknya seperti pokok kelapa? Adakah pokoknya seperti pokok padi ? Makin tunduk makin berisi. Atau adakah seperti pokok buah labu yang tumbuh secara melata? Saya sendiri pun sebenarnya tertanya-tanya dulu-dulu, bagaimana pokok anggur ini boleh tumbuh di Malaysia?
Kalau nak ikutkan keadaan iklim memang tak sesuai sebab selalu hujan dan panas. Nak tahu rahsianya? Negeri Perlis merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai iklim yang paling sesuai untuk menanam pokok anggur. Ini kerana iklim di Perlis ini agak berlainan daripada negeri lain.
Secara semulajadinya, pokok anggur memerlukan iklim yang kemarau 3-4 bulan, baru boleh berbunga dan berbuah. Dan disebabkan memang Perlis iklimnya sebegitu, maka sebab itulah pokok anggur ini boleh tumbuh dengan segar bugarnya di sini.
Apa yang ada di Taman Anggur Perlis? – Semestinyalah melihat pokok anggur, membeli buah anggur di kaunter pintu masuk (RM 10/500g) dan rasai pengalaman makan buah anggur yang segar dari ladang.

Selain itu anda juga boleh belajar bagaimana proses dari memetik buah anggur sehinggalah ke proses mengasingkan buah yang berlainan grade serta proses pembungkusannya.Bagi mereka yang nak cuba menanam pokok anggur di rumah, di sini juga ada menjual anak pokok anggur.

rujukan;http//:www.tidoq.com



2.PADANG BESAR




Satu tempat pelancongan di Perlis yang saya kira tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu Padang Besar (pekan yang bersempadan dengan Songkla) merupakan tempat tarikan di Perlis untuk membeli belah yang terletak lebih kurang 30-40 minit memandu dari Bandar Kangar.tempat membeli belah di perlis
Di Padang Besar terletaknya sebuah kompleks bangunan yang dipanggil Arked Niaga yang menempatkan ratusan shop lot dan gerai/bazar yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga yang murah. Dan rata-rata peniaga ada yang dari Malaysia dan ada yang dari Thailand.
Namun, seperti di kebanyakan pasar-pasar di negeri lain seperti di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur atau di Pasar Kedai Payang Terengganu, bukan semuanya murah dan kalau membeli tu, jangan lupa untuk survey harga dahulu dan gunakan skil masing-masing untuk tawar menawar.makanan sedap di perlis.
Konsep barangan yang ada di sini lebih kurang sama seperti di Zon Bebas Cukai di Negeri Kelantan iaitu di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Umumnya, kebanyakan barangan yang ada di sini terutamanya pakaian/beg didatangkan dari Siam. Ada yang berjenama (bukan ori) dan ada yang jenama entah apa-apa.
Waktu beroperasinya pula ialah di antara jam 8 pagi sehinggalah ke 10.30 malam bagi pintu Padang Besar. Kalau dah jalan-jalan shopping kat Padang Besar, bukan 30 minit yang akan dihabiskan, sekurang-kurangnya 2 jam. Kalau dah penat jalan-jalan, di sini juga ada gerai-gerai makan yang menyediakan makanan santai yang menarik seperti pulut ayam, pulut durian, laksa, cendol dan sebagainya.


rujukan: http//;www.tidoq.com


3. Taman Ular dan Reptilia


Boleh dikatakan sebagai zoo mini yang menempatkan agak banyak hidupan reptilia ular dan juga beberapa binatang lain. Sebaik melangkah masuk ke pintu depannya, anda boleh melihat 3-4 ekor ular sawa (sawa batik dan sawa albino) yang hidup berlingkaran di atas meja.
Bagi yang berani, anda boleh cuba memegang ular-ular sawa ini atau melilit di tengkuk anda kalau nak rasa betapa kuatnya belitan ular sawa. Jangan risau semua ular-ular ini semuanya di bawah pantauan staff-staff yang bertugas.
Selain ular yang hidup, ada juga pameran ular yang sudah mati yang diawet dan diletakkan di dalam bekas berbingkai bagi memudahkan pengunjung melihat dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang ular-ular ini.
Pertunjukan ular juga diadakan di sini pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti-cuti umum.
Di sini terdapat lebih 100 ekor ular daripada lebih 30 spesis ular, dalam dan luar negara. Pameran ular di sini mempunyai yang bersangkar (untuk ular berbisa) dan yang terbuka (untuk ular seperti ular sawa).

rujukan: http//www.tidoq.com



4.MASJID TERAPUNG



Bagi mereka yang dah terlanjur ke Kuala Perlis, jangan lepaskan peluang untuk singgah solat di Masjid Terapung Al Husin ini. Destinasi masjid yang paling cantik di Perlis dan boleh dianggap sebagai salah satu tempat menarik di Perlis pada waktu makan di Kuala Perlis untuk melepak selepas solat Isyak dan Maghrib.
Dengan lokasinya yang mengadap Selat Melaka, pemandangan dari sini terutamanya di waktu senja, memang sangat cantik. Banyak photographer profesional samaada dalam dan luar negara yang datang singgah di sini di waktu senja untuk mengambil gambar matahari terbenam.
Fakta paling menarik tentang Masjid Terapung Al Hussin ini,  dinding masjid TIDAK dicat kerana bahan binaannya merupakan batuan jenis coral, granit, pebbles, marmar dan kuartz. Patutlah kos binaan masjid ini menelan RM 12 juta.
Selain itu, terdapat juga beberapa batang pokok kurma yang diimport khas dari Arab bagi menambah lagi seri sentimen Asia Barat di masjid ini.

rujukan:http//:www.tidoq.com


5.LADANG TEBU


Merupakan ladang tebu yang paling besar di Malaysia. Seperti juga di Taman Herba, destinasi ini lebih sesuai kepada mereka yang lebih nak mengenali bagaimana keadaan sebuah ladang tebu dan juga sesuai sebagai tempat lawatan sambil belajar bagi kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya anak-anak kecil akan lebih mengetahui dari mana datangnya sebutir gula.

Itulah dia 13 senarai tempat-tempat menarik di Perlis Indera Kayangan untuk dilawati apabila bercuti kelak. Semoga perkongsian artikel ini memberi anda seribu inspirasi untuk datang melancong ke Negeri Perlis.


rujukan:http//:www.tidoq.com

Comments

Popular posts from this blog