Posts

Image
PETA sumber: http://homestaytambuntulang.blogspot.com/2013/12/selamat-melancong-ke-negeri-perlis.html Negeri Perlis Indera Kayangan mempunyai pelbagai jenis tempat pelancongan dari sektor pertanian,rekreasi dan pelancongan.Pelancong dapat menikmati percutian dengan lebih ideal dan menarik di Negeri ini.
     MAKLUMAT SYARIKAT PELANCONGAN SYARIKAT PELANCONGAN AMAN JAYA 104 KAMPUNG PANGGAS BESAR CHUPING 02500 , KANGAR PERLIS NO.TELEFON:0197865677 EMAIL:herreraunited@gmail.com
Image
TEMPAT PENGINAPAN 1.HOMESTAY KAMPUNG UJUNG BUKIT Jika anda ke Negeri Perlis,jangan lupa melawat Kampong Ujung Bukit di Kangar.Kampung yang terkenal dengan program homestay ini adalah lokasi terbaik untuk Agro-Tourism dimana pelancong boleh melawat lading manga termasuk Harum Manis yang menjadi salah satu dari 7 Persona Perlis.Sawah padi dan lain-lain . lebih menarik lagi jika anda tinggal di homestay disini bagi mengikuti berbagai program dan aktiviti yang disediakan.Anda akan merasai pengalaman tinggal di kampong’berkebun,menanam padi di sawah dan menorah getah. Suasana damai dimana keindahan rumah-rumah kampung dan keramahan penduduk pasti meninggalkan memori indah yang tidak akan dilupakan. rujukan:http//:http://www.percutianbajet.com
Image
TEMPAT AKTIVITI MENARIK 1.TASIK MELATI Tasik Melati pula yang terletak dalam 9 km dari Kangar lebih kepada kawasan rekreasi . Di sekitar tasik ini ada laluan jalan kaki dan sesuai kalau anda nak berehat dan berjogging. Destinasi Taman Melati memang menjadi kawasan tumpuan penduduk setempat untuk beriadah dengan keluarga. Selain melihat pemandangan tasik yang tenang dan cantik, di sini juga ada  permainan sukan air seperti paddling bot. rujukan: http//:www.tidoq.com 2.TAMAN REKREASI BUKIT AIR Di sini pula, sesuai untuk mereka yang nak berekreasi dengan keluarga untuk  aktiviti seperti berkhemah atau mandi air terjun. Selain itu di sekitar Pusat Rekreasi Bukit Air ini, terdapat kemudahan asas lain yang menjadikan destinasi ini sesuai untuk berpiknik dengan keluarga seperti pondok, tandas, taman permainan, gerai-gerai makanan serta surau. Ada juga trail di sekitarnya kalau anda sukakan  aktiviti meredah hutan . Satu tempat yang menarik di Perlis kala
Image
MAKANAN 1.BERGER GERGASI (BANGPON CAFE' AND BISTRO) “Besarnya! Macam sport rim kereta”. Itulah impression pertama kami apabila melihat Burgedik daripada Bangpon CafĂ© ni. Mulanya kami sangka mereka cuma menggunakan daging burger biasa dan disusun banyak-banyak. Rupanya dibawah roti yang sangat lembut ni ada homemade patty yang besar, sedap dan cukup rasa. Untuk menikmati ‘Burgedik’ ini anda dinasihatkan untuk call & order dulu sebelum sampai supaya tak perlu menunggu lama. Oh ya, jangan cuba untuk makan sorang-sorang ya. Confirm takkan habis! rujukan: https://www.thevocket.com/7-makanan-best-perlis 2.PULUT MANGGA/PULUT MEMPELAM Perlis sememangnya popular dengan buah mangga atau ‘mempelam’ lagi-lagi Mempelam Harum Manis yang menjadi kegilaan peminat buah mangga bila tiba musimnya. Di Perlis juga amat mudah untuk kita dapatkan beras pulut berkualiti dari Thailand. Jadi tak hairanlah bila orang Perlis makan pulut dengan mempelam. Memang kombinas
Image
    TEMPAT MENARIK 1.TAMAN ANGGUR PERLIS Bukan sahaja di Sik Kedah yang ada anggur, di negeri Perlis pun ada.Bagi mereka yang tak pernah ke Ladang Anggur, bolehlah ke sini merasai sendiri bagaimana bentuk pokok anggur ni. Lokasi Taman Anggur Perlis ini hanya di Pusat Pertanian Bukit Bintang II yang terletak kira-kira 10 km daripada Bandar Kangar. Tak susah pun nak datang dan tak perlu pun nak naik bukit-bukau seperti nak ke Cameron Highland. Ladang Anggur Perlis ini diselenggarakan dan diuruskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis di bawah Kementerian Pertanian. Adakah pokoknya seperti pokok kelapa? Adakah pokoknya seperti pokok padi ? Makin tunduk makin berisi. Atau adakah seperti pokok buah labu yang tumbuh secara melata? Saya sendiri pun sebenarnya tertanya-tanya dulu-dulu, bagaimana pokok anggur ini boleh tumbuh di Malaysia? Kalau nak ikutkan keadaan iklim memang tak sesuai sebab selalu hujan dan panas. Nak tahu rahsianya? Negeri Perlis merupakan satu-sa