PETA sumber: http://homestaytambuntulang.blogspot.com/2013/12/selamat-melancong-ke-negeri-perlis.html Negeri Perlis Indera Kayangan mempunyai pelbagai jenis tempat pelancongan dari sektor pertanian,rekreasi dan pelancongan.Pelancong dapat menikmati percutian dengan lebih ideal dan menarik di Negeri ini.
TEMPAT MENARIK 1.TAMAN ANGGUR PERLIS Bukan sahaja di Sik Kedah yang ada anggur, di negeri Perlis pun ada.Bagi mereka yang tak pernah ke Ladang Anggur, bolehlah ke sini merasai sendiri bagaimana bentuk pokok anggur ni. Lokasi Taman Anggur Perlis ini hanya di Pusat Pertanian Bukit Bintang II yang terletak kira-kira 10 km daripada Bandar Kangar. Tak susah pun nak datang dan tak perlu pun nak naik bukit-bukau seperti nak ke Cameron Highland. Ladang Anggur Perlis ini diselenggarakan dan diuruskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis di bawah Kementerian Pertanian. Adakah pokoknya seperti pokok kelapa? Adakah pokoknya seperti pokok padi ? Makin tunduk makin berisi. Atau adakah seperti pokok buah labu yang tumbuh secara melata? Saya sendiri pun sebenarnya tertanya-tanya dulu-dulu, bagaimana pokok anggur ini boleh tumbuh di Malaysia? Kalau nak ikutkan keadaan iklim memang tak sesuai sebab selalu hujan dan panas. Nak tahu rahsianya? Negeri Perlis merupaka...
TEMPAT AKTIVITI MENARIK 1.TASIK MELATI Tasik Melati pula yang terletak dalam 9 km dari Kangar lebih kepada kawasan rekreasi . Di sekitar tasik ini ada laluan jalan kaki dan sesuai kalau anda nak berehat dan berjogging. Destinasi Taman Melati memang menjadi kawasan tumpuan penduduk setempat untuk beriadah dengan keluarga. Selain melihat pemandangan tasik yang tenang dan cantik, di sini juga ada permainan sukan air seperti paddling bot. rujukan: http//:www.tidoq.com 2.TAMAN REKREASI BUKIT AIR Di sini pula, sesuai untuk mereka yang nak berekreasi dengan keluarga untuk aktiviti seperti berkhemah atau mandi air terjun. Selain itu di sekitar Pusat Rekreasi Bukit Air ini, terdapat kemudahan asas lain yang menjadikan destinasi ini sesuai untuk berpiknik dengan keluarga seperti pondok, tandas, taman permainan, gerai-gerai makanan serta surau. Ada juga trail di sekitarnya kalau anda sukakan aktiviti meredah hutan . Satu tempat yang menarik ...
Comments
Post a Comment