TEMPAT AKTIVITI MENARIK 1.TASIK MELATI Tasik Melati pula yang terletak dalam 9 km dari Kangar lebih kepada kawasan rekreasi . Di sekitar tasik ini ada laluan jalan kaki dan sesuai kalau anda nak berehat dan berjogging. Destinasi Taman Melati memang menjadi kawasan tumpuan penduduk setempat untuk beriadah dengan keluarga. Selain melihat pemandangan tasik yang tenang dan cantik, di sini juga ada permainan sukan air seperti paddling bot. rujukan: http//:www.tidoq.com 2.TAMAN REKREASI BUKIT AIR Di sini pula, sesuai untuk mereka yang nak berekreasi dengan keluarga untuk aktiviti seperti berkhemah atau mandi air terjun. Selain itu di sekitar Pusat Rekreasi Bukit Air ini, terdapat kemudahan asas lain yang menjadikan destinasi ini sesuai untuk berpiknik dengan keluarga seperti pondok, tandas, taman permainan, gerai-gerai makanan serta surau. Ada juga trail di sekitarnya kalau anda sukakan aktiviti meredah hutan . Satu tempat yang menarik ...